Chatuchak Weekend Market - Amphawa
22/1/2017
Destinasi kami yang pertama pagi ni ialah Hua Lamphong Railway Station. Nak ambil beg kami dekat situ then pergi letak dekat hostel lain yang Ijat dah book online. Dekat hostel tu boleh simpan baggage free. Sebelum check out tu receptionist ada bagi tahu stesen mrt terdekat ialah Sam Yan Stesen. Lebih kurang 3 minit ja dari Thrive Hostel tu.
Dari stesen mrt Sam Yan ke stesen mrt Silom kena bayar 15baht/person. Guna token yer. Turun dekat mrt Silom tu kami ambil tuk2 ke Centaur Inn. Jauh jugak dari stesen mrt tu, memang tak mampu nak jalan. Bayar dekat uncle tu 200baht/tuk2 rasanya sekali return.
Photo by Sen.
Centaur Inn ni memang terlindung sikit. Kena masuk lorong kecil. Dah masuk lorong tu pun kau still takkan nampak hostel tu sebab terlindung dengan hotel2 lain keliling dia. Centaur Inn ni owned by Indian Muslim. Depan hostel ni ada restoran India/Pakistan halal. Dah alang2 nak tinggal beg tu kami check in ja sekali. Even belum pukul 12 tengah hari, dia still charge kami dengan harga lepas pukul 12 so yay! Dorm yang kami book tu RM18/per night/person. Murah! Boleh check harga dekat Agoda.com.

Pintu masuk ke Centaur Inn. (pintu depan)
Photo credit: https://www.agoda.com/
Lepas dah settle check in, simpan beg bagai kami suruh uncle tu hantar kami ke stesen mrt Silom balik. Dari stesen mrt Silom tu kami jalan ke stesen bts Sala Daeng. Sebenar nya boleh ja nak suruh uncle tu stop dekat stesen bts Sala Daeng tu tapi kami terlupa. Alih2 dah terlajak. Nasib la dekat ja. Stesen mrt Silom dan stesen bts Sala Daeng ni dihubungkan dengan jejantas.
Untuk ke Chatuchak Weekend Market, kita kena turun di stesen bts Mo Chit yang ada dalam laluan bts Sukhumvit Line. Jadi dari stesen bts Silom ni kita kena naik bts ke stesen bts Siam dulu, then transit ke bts Sukhumvit Line untuk ke stesen bts Mo Chit. Tak faham? Jangan risau, tengok ja belakang kad bts korang. Kalau mrt tadi guna token, bts pulak guna kad macam dekat bawah ni. Dari stesen Sala Daeng ke stesen bts Mochit, kena bayar 40baht/person.
Dah sampai dekat stesen bts Mo Chit, ikut saja papan tanda ke Chatuchak Weekend Market. Kalau tak tahu sangat nak ke arah mana, ikut ja crowd. Yang turun dekat stesen Mo Chit time weekend ni mostly nak ke Chatuchak Weekend Market. Memang berduyun manusia.
Dekat pintu masuk Chatuchak Weekend Market tu ternampak signboard ni. Signboard apakah ini? Adakah Pas dan BN akhirnya bersatu demi kesejahteraan Tanah Melayu? :p
Ok itu kalau korang dari stesen bts Mo Chit atau stesen mrt Chatuchak Park. Tapi kalau korang turun dekat stesen mrt Kamphaeng Phet which is lagi dekat ke pintu masuk Chatuchak Weekend Market sebenar nya, korang akan nampak pintu masuk macam dalam gambar bawah ni.
Kalau malas nak jalan jauh korang boleh turun dekat stesen mrt Kamphaeng Phet iaitu stesen mrt terakhir selepas stesen mrt Chatuchak Park. Since time tu kami naik bts so, terpaksa la menapak.
Meh aku cerita sikit pasal Chatuchak Weekend Market ni.
Chatucahak Weekend Market ni hanya dibuka time weekend ja (tengok nama lah). Merupakan salah satu market yang terbesar di dunia. Ada 15000 booth jualan. Ha! Mak cik2 kakak2 yang suka shopping tu memang suka lah datang sini. Macam2 barang dijual di sini. Sebut ja apa yang kau nak, semua ada! Ada yang mahal, ada yang murah. Yang penting nego dulu sebelum beli hiks. Nak tahu lebih lagi pasal Chatuchak Weekend Market boleh tengok dekat sini.
Ni hasil tangkapan yang pertama. Jus tebu asli, 20baht. Baik untuk penghadaman. Minum sebetol terus ke tandas!
Masuk ja dalam market tu memang cari makanan dulu. Lapar weh. Ada satu restoran Muslim dalam ni. Ronda ja dalam tu. Nanti akan nampak signboard yang tunjuk arah ke restoran Muslim tu. Restoran tu ada tengah2 booth jualan.
Ada macam2 lauk dekat restoran tu. Kira macam restoran nasi campur la ni. Pelayan dia boleh cakap Melayu Pattani.
Nah belanja gambar nasi briani ayam.
Kempunan pulak huhuhu.
Macam biasa, makan dekat restoran Melayu Patani di Bangkok ni, akan dapat ais kosong dengan ulam sambal belacan free. Tapi nya.. aku makan nasi putih dengan ayam goreng, harga sama dengan diorang dua yang makan nasi briani ayam. 40baht sepinggan. Tak aci!
/hentak kaki/
Lepas dah makan tu baru lah kami start sesi membeli belah. Kalau dah perempuan tu perempuan jugak. Rambang mata x_x. Melayang 250baht O<-<
Dua jam jugak lah membuang masa dekat situ. Lepas tu kami keluar sebab nak ke Amphawa pula. Penat2 kami jalan dekat dalam Chatuchak Weekend Market tu rupanya tak cover setengah market pun. Tak mampu deh.
Takda gambar sangat dalam market tu sebab sibuk shopping muahaha.
Dari Chatuchak Weekend Market ni korang jalan balik ke stesen bts Mo Chit. Then, seberang jalan. Dekat bawah stesen tu nanti ada satu tempat untuk naik bas shuttle free ke Mo Chit Bus Terminal atau pun Mo Chit 2. Tapi jangan pergi dekat bus stop tepi jalan tu. Bas shuttle tu tak berhenti dekat bus stop. Dia berhenti dekat kawasan parking kereta sebelah tu. Macam tak membantu ja direction aku ni huhu. Tapi tu lah.. tak tahu nak terang macam mana.
Macam ni ja tempat tunggu bas shuttle ke Mo Chit Bus Terminal.
Nampak tak stesen BTS Mochit depan tu?
Banyak kali jugak kami guna khidmat bas shuttle free ni tapi tak nampak orang lain naik pun. Memang kami ja yang naik. hmmmmmmmmmm.
Haa macam ni lah rupa dalam bas tu. Old school kan?! Lantai papan. Takda aircond takda kipas. Angin dari tingkap ja sebab tingkap takda cermin. Dah naik tu, bagi tahu ja auntie driver tu (ya auntie!) korang nak turun dekat Mo Chit 2. Tapi kalau tak bagi tahu pun takpa sebab dia memang pergi situ ja.
Malas pulak nak cerita pasal Amphawa dalam entri ni.
Ada drama sikit dekat Amphawa nanti
nyehehe.
Nanti lah aku sambung cerita. Adios!
### Kalau baca dalam blog2 travel lain ada yang cakap kalau nak ke Amphawa kena pergi ke Stesen Minivan/Minibus dekat stesen bts Victory Monumet. As of 2017, stesen minivan/minibus tu dah tak beroperasi. Dah berpindah ke Mo Chit Bus Terminal/Mo Chit 2. Sebab tu kami ke sana. ###
Bersambung...

No comments:
Post a Comment