Tuesday, 2 May 2017

BANGKOK - SIEM REAP - BANGKOK - PADANG BESAR (Part 2)

sambungan dari sini


Bangkok - Lopburi
21/1/2017
Hua Lamphong Railway Station. Kawasan platform.
Kami sampai Hua Lamphong Railway Station pukul 4.55 pagi. Sampai ja terus cari kaunter tiket ke Lopburi. Harga tiket dari Hua Lamphong ke Lopburi, 50baht/person . Lepas dah settle beli tiket baru lah kami proceed dengan aktiviti lain (read ke tandas dan sambung tido). Korang tak perlu risau, dekat sini ada shower, surau, kafe, baggage storage etc. Pokonya lengkap lah serba serbi. Aku dengan Sen simpan beg kami dekat sini. Satu beg 60baht/day. Rasanya harga tu ikut jenis/berat beg. Tapi dia takda minta nak timbang pun hari tu. Agaknya tengok beg kami pun dia dah boleh agak berapa berat nya.
Sebelum naik keretapi tu kami beli siap2 breakfast dekat mini mart dalam stesen tu. Dalam keretapi nanti ada ja kafe tapi mahal. Plus ada local akan naik jual makanan. Sepanjang perjalanan tu memang akan ada orang jual makanan.
Antara sanggup dengan tak sanggup ja lah. XD
Tiket keretapi yang kami beli ni tiket 3rd class. Memang takda assigned seat. Kalau ada seat kosong boleh ja duduk. Kalau takda memang kena berdiri. Masa naik keretapi tu jumpa dengan satu group Malaysian. Bila tanya diorang pun nak ke Lopburi jugak.

Perjalanan dari Hua Lamphong ke Lopburi ambil masa dalam 3 jam rasanya. Dah nak dekat pukul 12 baru kami sampai Stesen Keretapi Lopburi sebab keretapi kami bertolak lambat. Sampai je stesen tu dah penuh driver2 4WD serbu nak suruh ambil service diorang ke ladang matahari. Diorang memang dah tahu tourists pergi sana sebab ladang matahari tu ja selain wat2 dekat area stesen keretapi tu. Group Malaysia yang kami jumpa tadi ambik service 4WD tu. 150baht/person pergi balik. Diorang ada 7 orang kalau tak silap. Senang2 je kan driver tu buat duit. Diorang nego pun dia tak nak kurangkan dah sebab tak sampai 10 orang. Kalau masuk kami bertiga dia nak bagi 130baht. Tapi kami tak nak join sebab kami memang dah decide nak naik bas ke ladang matahari tu.
Kami ambik khidmat beca dekat luar stesen tu untuk hantar kami ke Stesen Bas Lopburi. Jarak antara stesen keretapi dengan stesen bas tu lebih kurang 6km. Kalau korang kuat sila lah jalan. Uncle tu minta 100baht untuk 3 orang. Sorang dalam 30baht lebih. Ok lah tu. Kesian tengok uncle tu kayuh T__T
Sampai ja dekat stesen bas tu uncle tu tunjuk dekat kami bas mana yang kami kena naik untuk ke ladang matahari tu. Bas ke ladang matahari tu 28baht/person. Kami memang pesan siap2 dekat conductor bas tu suruh dia bagi tahu dekat mana nak turun nanti. Sebenar nya ada ja ladang matahari sepanjang perjalanan tu tapi kami nak bergi ladang yang bunga dia betul2 dah bloom.
Dalam bas ke Lopburi, dengan bus conductor.
Kalau nak tengok rupa luar bas ke ladang matahari tu tengok bawah ni. Aku terlupa nak ambik gambar sebenarnya. Gambar2 bawah ni dari sini.

Lama jugak nak sampai ladang matahari tu. Sejam lebih macam tu baru sampai. Nasib ada sorang sami perempuan yang boleh cakap English dalam bas tu. Kawan aku asyik tanya dia bila nak sampai. Dia cakap ladang yang kami nak pergi ni ladang ke berapa belas tah. Sebab ladang tu ja yang bunga nya tengah bloom. Ye lah kami pergi tu dah hujung2 musim kan. Bunga matahari dekat sini ada dari November sampai January. Paling elok time late November sampai early January.
Dah dekat pukul 2 petang baru kami sampai. Memang sampai2 tu rasa macam nak lari terus ke tengah ladang  ala2 hindustan. Kami disambut oleh owner ladang tu (rasanya ;p). Dia bagi kami payung sorang satu sebab panas katanya. Mula2 memang lah guna payung tu. Last2 payung ke mana aku ke mana. Seronok sangat ambil gambar. Nak masuk ladang tu kena bayar 10baht. Ada jual sourvenir dekat situ. Aku beli sebotol teh bunga matahari dengan biji benih bunga matahari (mak aku dah pesan awal2 lagi). Tak ingat harga. Nah layan gambar dekat ladang matahari tu.
Beratus gambar aku ambik.
Layanzzzzzz.....






Ok time nak balik tu kami tanya owner ladang tu ada tak bas, taxi or tuk2 untuk balik ke stesen bas. Dia cakap TAKDA. Bas ada tapi berapa jam sekali tah baru lalu. Aku tak tahu lah betul ke tak sebab kekangan bahasa kan. Tuk2 memang takda dekat lopburi ni. Taxi takda pulak dekat area tu. Mati lah nak.
Kami decided nak tahan kereta ja sampai ke pekan. Memang macam2 gaya kami buat nak tahan kereta dekat situ. Last2 lori 10tan (aku rasa lah sebab nampak macam lori 10tan ayah aku tapi nampak besar lagi) yang berhenti. Uncle tu tanya nak ke mana, kami cakap Lopburi. Tapi dia tak lalu sampai ke Lopburi so dia cakap dia tumpang kan kami sampai pekan ja. Nanti dekat pekan ada bas dengan teksi. Alhamdulillah.. itu pun dah besar rahmat tahu.
Uncle yang baik hati bagi kami tumpang. :D
Uncle tu turunkan kami dekat bas stop. Dia cakap bas akan lalu situ. Dia tak minta bayaran tapi kami bagi dia buah mangga yang aku beli atas keretapi tadi. Time tunggu bas tu ada taxi motor (kalau dekat Indonesia panggil ojek. Dekat Thailand aku tak tahu pulak panggil apa) yang datang offer nak hantar kami ke stesen bas. Aku tak ingat berapa yang dia offer tu tapi mahal la. Kami tak sanggup. Elok ja lepas motor tu pergi bas sampai. Nasib tak ambik offer dia tu. Kami tak tanya pun harga berapa tapi aku bagi 100baht untuk 3 orang dapat baki 36baht. Kiranya 64baht untuk 3 orang. Haa pandai2 lah bahagi. Kami sampai stesen bas pukul 4 lebih. Lama jugak kami berphotoshoot dekat ladang matahari tu. XD
Cuba buat calculation.
Beca: 100baht/3 orang. 30+ baht
Bas ke Ladang Matahari: 28baht
Bas ke Stesen Bas Lopburi: 64baht/3 orang. 21+ baht
Total: plus minus 80baht seorang
Beza banyak kan dengan service 4WD tu. Memang la susah sikit kalau ikut cara kami ni. Tapi best weh. Pengalaman tu susah nak dapat. Tapi aku takda la nak paksa korang ikut cara ni. Kalau korang rasa 150baht tu berbaloi, boleh ja ikut cara tu. :D

No comments:

Post a Comment

ITINERARY: BEIJING - XI'AN (15 OKTOBER 2017 - 20 OKTOBER 2017)

"THE ONLY IMPOSSIBLE JOURNEY IS THE ONE YOU NEVER BEGIN" - Anthony Robbins -                15 Oktober 2017 ...